Siapa Penyanyi Terkenal Yang Baru Ada Akaun Instagram?

“Akhirnya… foto pertama saya! Hello semua!” tulis penyanyi popular Anuar Zain di gambar pertamanya di Instagram.

Pelantun Keabadiaan Cinta itu akhirnya membuka laman Instagram dengan menggunakan nama akaun @anuarzain70.

Sehingga kini, penyanyi berusia 48 tahun itu memiliki lebih 11,000 pengikut di Instagram.

Anuar Zain turut berkongsi foto pertama ketika zaman kanak-kanak dan percutiannya di beberapa negara, Hari Raya Aidilfitiri dan sambutan hari lahir ahli keluarganya.

Sebelum ini, Anuar memiliki akaun @anuarzainnetwork untuk urusan kerja dan promosi konsert.

SGMS Faida