Categories: Trending

Akhirnya… Anuar Zain Dah Ada Instagram!

Penyanyi lelaki unggul tanah air ini pernah menolak penggunaan media sosial yang pada pendapatnya akan menggadaikan ruang privasi sekaligus lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Namun medium media baru ini tidak dapat dinafikan pengaruhnya sangat besar kepada masyarakat era digital masa kini.

Menyedari hal ini, Anuar Zain, 48, akhirnya membuka akaun peribadi Instagramnya @anuarzain70 pada Rabu yang lalu.

Memuat naik sebanyak 15 foto dan video terbaharunya, akaun yang kurang seminggu dibuka itu kini sudah mempunyai  lebih 10,900 pengikut.

Foto pertama yang dikongsikan penyanyi lagu Sedetik Lebih itu adalah sekeping gambar ketika zaman kanak-kanaknya dengan kapsyen yang cukup menarik.

Foto: Instagram Anuar Zain

Selain itu, Anuar turut memuat naik foto-foto percutiannya di beberapa negara, Hari Raya Aidilfitiri dan sambutan hari lahir ahli keluarganya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan menggunakan akaun @anuarzainnetwork untuk urusan kerja dan promosi konsert.

Akaun itu ditubuhkan dua tahun lalu itu kini mencecah hampir 100,000 pengikut dan diuruskan pihak pengurusannya.

Foto: Instagram Anuar Zain

Yanie Baharom