Categories: Acara

Jom Sertai Program Santai #FANtastik ABPBH 31 Di Istana Budaya, Sabtu Ini!

Bila penulis mengimbau kembali zaman muda dahulu, penulis antara yang paling excited tunggu depan televisyen semata-mata tak nak terlepas untuk menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Rasa memang rugi sangat kalau tak dapat tengok!

Jangan tak tahu, rancangan ini sudah bertahan selama 31 tahun semenjak tahun 1987 lagi. ABPBH menjadi antara anugerah yang paling konsisten sekali apabila ia diadakan setiap tahun.

Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, di samping memberi peluang kepada pembaca dan pengikut setia BH untuk memilih artis popular serta menyertai malam kemuncak anugerah.

Seperti biasa, tahun ini ABPBH juga akan berlangsung tidak lama saja lagi iaitu pada 7 Oktober nanti. Memang dah rasa bahang kehangatan anugerah berprestij ini apabila satu acara #FANtastik Santai Bersama Kelab Peminat Artis dan Pengumuman Malam Pra Kemuncak ABPBH 31 akan berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu, 22 September 2018.

Untuk pengetahuan anda, acara ini antara julung kalinya dianjurkan oleh pihak penganjur BH sebagai inisiatif untuk menghimpunkan kira-kira 20 kelab peminat (FC).

Menariknya, acara ini menghidangkan pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertandingan Zumba, flashmob dan sorak antara kelab peminat artis. Meriah sungguh! Rugi kalau anda tak datang.

Bukan itu saja, terdapat 16 gerai FC yang akan menapak di acara ini untuk menawarkan pelbagai aktiviti yang sangat awesome seperti jualan produk artis, barangan kesayangan milik artis dan juga acara ‘meet and greet’ bersama artis pujaan!

Lebih seronok lagi, terdapat juga kemunculan artis popular di booth kelab peminat dan segmen persembahan istimewa daripada artis pujaan seperti Khai Bahar, Sufian Suhaimi, Shaa, Aman Aziz dan Lan Solo.

Selain itu, pada segmen pengumuman Malam Pra Kemuncak ABPBH 31 akan diumumkan di Lambang Sari pada jam 3 petang. Pihak penganjur bakal mengumumkan pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan membuat persembahan pada edisi ke-31 anugerah paling berprestij ini.

Pengunjung yang hadir juga akan berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen bertemakan INFINITI oleh pereka fesyen terkenal tanahair iaitu Razman Razmi. Untuk pengetahuan anda juga, tema ‘Infiniti’ telah dipilih pada tahun ini.

Pengarang Eksekutif BH juga selaku Penaung ABPBH 31, Datuk Ahmad Zaini berkata, acara ABPBH 31 kali ini mengangkat tema ‘Infiniti’ sesuai dengan usia penganjurannya yang melebihi tiga dekad dan juga perlambangan kepada keutuhan BH yang terus bertahan dalam era revolusi digital pada masa kini.

“Saya bersyukur kerana kami di BH dapat meneruskan lagi penganjuran ABPBH yang sudah memasuki kali ke-31 sejak ia mula dianjurkan buat pertama kalinya pada 1987. Segala perancancangan penganjuran acara ini telah dibuat sejak awal lagi bagi memastikan acara kali ini mencapai matlamatnya seperti sebelum ini iaitu untuk terus meletakkan martabat artis dan selebriti hiburan negara ini pada kedudukan sewajarnya.

“Dan sudah tentu kami berharap seperti mana penganjurannya sebelum ini, kami berazam untuk menjadikan ia lebih baik, ada impak dan meninggalkan memori manis pada semua artis serta mereka yang terbabit,” katanya.

Selain daripada artis, bahang majlis pra kemuncak ini turut dihadiri oleh Pengerusi ABPBH 31 merangkap Editor Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.

Menurut Shamshul Azree, #FANtastik adalah acara yang julung kali dianjurkan bersama FC bagi menghangatkan ABPBH 31.

“Selama ini, FC mengundi artis kesayangan dan menyertai siri jelajah ABPBH. Kali ini, kita menjalin kerjasama dengan FC dalam acara khusus buat mereka dan masyarakat terutama peminat ABPBH.

“Sinergi inilah yang mahu dicapai dalam menyemarak dan ‘memasyarakatkan’ ABPBH di segenap lapisan, sesuai dengan usianya yang mencapai 31 tahun,” katanya.

Bagi penaja utama ABPBH 31 kali ini adalah Alha Alfa, produk kosmetik tempatan yang kian popular yang merupakan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd. Bukan itu saja, McCafe’ jenama yang terlibat selaku rakan penaja.

Untuk lokasi acara kemuncak ABPBH 31 pula ditaja oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Seperti biasa, Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, Kool FM dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi, TONTON sebagai platform digital rasmi dan Hijab & Heels sebagai media digital rasmi.

Pada ABPBH 31 kali ini, pengundian dilakukan 100% secara online di laman web www.abpbh.com.my mulai 25 Ogos 2018 sehingga 25 September 2018. Masih belum terlambat untuk anda undi artis kesayangan anda!

Terdapat 13 kategori utama yang bakal dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Penyampai Radio Popular.

Turut dipertandingkan juga 5 kategori online iaitu Artis Sensasi Popular, Pasangan Serasi Drama, Pasangan Serasi Filem, Instafamous Cilik Popular dan Personaliti Media Sosial Popular.

Jadi, jangan lupa ramai-ramai serbu acara #FANtastik ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu, 22 September ini.

Paling penting sekali, tonton ABPBH 31 di kaca TV anda yang dibawa secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada hari Ahad, 7 Oktober 2018!

Sumber: Instagram ABPBH 31

tex_admin