Biadap Dengan Ibu, Shiha Zikir Bengang Dengan Siapa Di Instagram?

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang individu yang biadap terhadap ibunya, baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Jagakan Dia ini, dia bersedia untuk bersemuka dengan individu yang ‘kurang ajar’ dengan ibunya. 

” Pantang sungguh bila ada yang kurang ajar dengan mak Shiha. Nak kurang ajar meh dengan Shiha, Im ok!. Bukan dengan mak. Macam ni, dah sejuk kaki tangan semua. Rasa Shiha, tidak pernah ada masalah dengan dia sebab tiada kepentingan pun,” tulisnya di laman Instagram.

Tambah Shiha, dia sendiri bingung kerana tidak faham dengan individu berkenaan yang sengaja mencari pasal secara tiba-tiba. 

“Dah tua tu, tunjuklah teladan yang baik. Lepas ini kalau jupa sila sediakan jawapan,” tulis Shiha.

Namun begitu, perkongsian di laman Instagram itu telah di padam oleh Shiha selepas beberapa jam atas nasihat pengikutnya di Instagram

“Maaf, mungkin waktu ni Shiha taip dalam keadaan emosi. Hati dah tak dapat tahan bila dari dulu dia biadap dengan mak Shiha, ingat wahai akak atau makcik, Allah Maha melihat. Jaga hati.

” Jangan hitam sangat tunjuklah teladan yang baik. Lepas ni kalau jumpa, tolong siap jawapan ok. Nak jugak tau.

“Jadi seorang yang lebih bersih hatinya. Senyumlah selalu dari asyik menjeling dan pura-pura tak nampak tu ya. Tak rugi pun jadi orang baik-baik,” katanya.

Kepada individu berkenaan, bawa-bawalah bertaubat, sila belajar hormat orang tua ya wak!

 

SGMS Enal