Buat Persiapan Timang Anak Pertama, Pasangan Diraja Ini Pindah Rumah

Sejak laporan media di United Kingdom mengumumkan kandungan isteri Putera Harry, Meghan Markle sudah melepasi minggu ke-12, ramai yang gembira dengan berita ini terutama rakyat Britain.

Dalam masa sama, pasangan diraja ini dilaporkan bakal berpindah keluar daripada Istana Kensington tak lama lagi.

Mereka bakal tinggal di kotej bersejarah di Estet Windsor milik keluarga diraja awal tahun hadapan, kata Istana Kensington hari ini.

Difahamkan, kotej Frogmore merupakan rumah dua tingkat di Windsor Home Park yang terletak tidak jauh daripada istana. 

Mereka berpindah ke rumah baru, kira-kira 32 kilometer ke barat daya London ketika bersiap sedia menanti kelahiran anak pertama mereka, kata istana dalam kenyataan.

“Windsor adalah tempat amat istimewa kepada pasangan itu dan gembira kediaman rasmi mereka terletak di estet itu,” menurut kenyataan.

Harry dan Meghan, yang kembali awal bulan ini daripada lawatan 16 hari ke Pasifik, buat masa ini menetap di Kotej Nottingham di perkarangan Istana Kensington di barat London. — AFP

SGMS Faida