Categories: HiburanSelebriti

‘Siapa Yang Tak Move On Ni’, Intan Liana Tuju Pada Siapa?

Kes cerai wanita bernama Intan Liana Saleh antara isu yang mendapat perhatian orang ramai sejak 22 Mac lalu.

Biarpun dirinya bukanlah seorang artis, nama Intan mula menjadi bualan selepas bekas suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude mengambil keputusan berkahwin dengan pelakon terkenal Izreen Azminda.

Namun begitu, Intan menerusi Instastorynya sebentar tadi meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada sesetengah pihak masih menggunakan istilah ‘bekas’.

“ Siapa yang tak move on ni? Kenapa nak sebut bekas bekas. Masing-masing dengan hidup masing-masing daa.

“ Tolong berhenti cakap bekas-bekas. Ayoo…kita ni hidup berkeadaan,” tulisnya.

Tegas Intan, dia tidak mahu lagi isu ini dipanjangkan memandangkan dia bukanlah seorang artis.

“ Aku bukan artis…aku bukan siapa-siapa,” katanya.

Kenyataan di atas juga mungkin berkait dengan gambar Intan yang kini viral selepas imejnya tidak bertudung ketika menyertai pertandingan tarian rampaian pada Festival Tari Rakyat Johor, baru-baru ini. Sabarlah ya Intan…

SGMS Faida