Categories: HiburanSelebriti

Rezeki Melimpah Ruah, Kugiran Masdo Ke Pentas Antarabangsa Pula!

Baru tiga tahun ditubuhkan, nama Kugiran Masdo boleh dianggap antara jenama yang sudah kukuh.

Apatah lagi kumpulan ini sering dijemput mengadakan persembahan di acara-acara besar termasuklah majlis anugerah berprestij.

Memiliki kelompok peminat ‘underground’ yang ramai, Kugiran Masdo bakal mengorak langkah setapak lagi apabila dapat membuat persembahan di luar negara.

“ Peluang ini merupakan kesempatan terbaik untuk kami memperkenalkan jenama di luar negara.

“ Kami hargai tawaran yang datang untuk berkongsi bakat yang ada. Kami amat bersyukur dikurniakan rezeki sepanjang tahun ini,” katanya.

Kugiran Masdo dijadualkan membuat persembahan di Festival Muzik Tahunan di Chongqing, China bermula 21-25 Oktober ini dan dijangka menyanyikan lagu-lagu popular mereka.

“ Dalam persembahan itu nanti, kami tidak keseorangan kerana kumpulan Nadir akan turut serta sepanjang di sana.

“ Kami menjanjikan persembahan yang menghiburkan untuk membuktikan kemampuan sebenar Kugiran Masdo,” katanya.

Selain Ali Sariah sebagai vokalis, Kugiran Masdo dianggotaiboleh Asmawi (gitar, penyanyi), Putu Ceri (bass, penyanyi) dan Azham Ahmad (dram).

SGMS Faida