Siapa Yang Tak Nak Kahwin Kan?

Selepas setahun lebih mengikat tali pertunangan dengan Roszaliza Yusof, pelakon Remy Ishak mengaku belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

” Siapa yang tak nak kahwin kan? Semua orang mahu,” demikian kata pelakon filem Pulang apabila disoal tentang tarikh perkahwinannya.

Kata pelakon berusia 36 tahun ini, dia masih mencari tarikh yang sesuai.

“ Saya memang serius soal kahwin ini namun saya belum ada tarikh muktamad,” kata Remy yang masih belum ada jawapannya.

Tambahnya, bukan niat untuk mengelak tetapi dia belum bersedia berkahwin memandangkan banyak perkara berkaitan projek lakonan perlu diselesaikan.

“ Saya masih dalam proses memperbaiki diri sendiri sebelum bergelar suami,” katanya

Remy dan Roszaliza telah mengikat tali pertunangan di Pahang pada Mei 2017. Buat Remy, kami doakan urusan melangkah ke alam perkahwinan akan dipermudahkan, Amin!

SGMS Faida