Siapa Gerangan Lelaki Berani Cium Chacha Maembong?

Sudah lama kiranya tidak mendengar cerita ataupun gosip terbaru daripada adik pelakon Emma Maembong iaitu Chacha Maembong kan? Kehilangan beliau dalam industri bukan bermakna Chacha sudah tidak berlakon. 

Namun, terdapat satu gambar yang telah dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Lelslie dan merupakan seorang DJ. 

Kalau dilihat menerusi caption tersebut, kedua-dua pasangan ini dilihat kembali menjalinkan hubungan setelah berpisah, tetapi persoalannya ialah  apakah status sebenar lelaki tersebut dengan Chacha Maembong?

 

Jika dilihat menerusi gambar-gambar tersebut, hubungan mereka pastinya lebih dari sekadar teman biasa bukan? Malah, keluarga Chacha pun sudah mengenali siapakah gerangan lelaki ini.
Apapun, diharap netizen janganlah terus menuding jari terhadap pasangan ini, mungkin Chacha lebih senang untuk berdiam diri mengenai hubungannya kali ini.
Salma Syahbuddin