Sibuk Bekerja, Aiman Hakim Ridza Tetap Sambut ‘Birthday’ Zahirah Macwilson – “It Maybe Not The Best Celebration, But…”

Pelakon Aiman Hakim Ridza tampil menitipkan ucapan manis kepada isterinya, Zahirah Macwilson sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29 tahun sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Aiman menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Meskipun sibuk bekerja dek kerana jadual yang padat, Aiman tetap tidak menghampakan Zahirah untuk meraikan hari istimewanya walaupun disambut sederhana.

“These past few months memang hectic and busy gila. Dari shooting, renovation sampai la setting back our next project. My brain is occupied with millions of stuff sampai jalan balik rumah pun boleh silap.

“Even on your birthday pun we still busy with work. It may be not the best celebration for birthday to what is norm but one thing for sure we have each other. It will be memories that we will chat about when we are old, Insyallah.

“Anyway saya mengucapkan selamat hari jadi yang ke 29 to this amazing woman.I love you and thank you for just being you. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati,” tulisnya.

Fatin Nurain