Categories: HiburanSelebriti

‘Sifu’ Dah Sedia, Jom Ke Uji Bakat Mentor Milenia 2019 Bermula 3 Ogos Ini!

Pencarian Mentor Milenia diteruskan tahun ini dengan mengetengahkan dua mentor terbaharu iaitu Ernie Zakri dan Stacy.

Dalam masa sama, musim kali ini mengekalkan penyanyi Black, Hazama dan Akim. 

Mentor Milenia musim ketiga ini turut menampilkan konsep baharu. Antaranya uji bakat kali ini tidak tertumpu hanya pada satu mentor tetapi para peserta akan dinilai oleh kelima-lima mentor sewaktu uji bakat.

Dari uji bakat yang dijalankan, 20 peserta akan disenarai pendek untuk terus ke pentas Mentor Milenia.

Setiap Mentor perlu memilih dua orang peserta sahaja untuk tampil di pentas Mentor Milenia.

Untuk anda yang berbakat dalam bidang nyanyian dan berusia dari 17-23 tahun, jom ke uji bakat pada Mentor Milenia 2019 di ;

  1. 3-4 Ogos 2019 : Promenad Hotel, Kota Kinabalu

      2.  24-25 Ogos : Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam 

      3.  7-8 September Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Syarat-syarat penyertaan adalah korang mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia dan Singapura, jangan lupa bawa gambar berukuran pasport dan membawa bersama minus one yang berkualiti. Ha, kena pastikan nyanyian korang tu best tau!

Jangan lupa saksikan program Mentor Milenia bermula 6 Oktober 2019 setiap Ahad pukul 9 hingga 11.30 malam, hanya di TV3!

Terus baca info lanjut mengenai program ini hanya di www.xtra.com.my/mentormilenia

SGMS Faida