Categories: Hiburan

Sikap Senang Percaya Datuk A.Aida Makan Diri

Datuk A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 49 tahun seperti tidak serik untuk mempercayai orang apabila dia ditipu lagi.  Kali ini, seorang pelakon lelaki berusia 25 tahun yang dikatakan dari drama Gerak Khas telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang selepas hadir untuk memberi keterangan tentang kehilangan wang sejumlah RM200 000  melalui dua transaksi yang dilakukan di luar pengetahuan produser tersebut.

Terdahulu, bekas suaminya, Ariff Aziz pernah dipanggil oleh pihak polis berkenaan kehilangan wang tersebut tetapi dia telah dibebaskan selepas memberi kerjasama dalam siasatan.

 

Gambar dari portal OhBulan

“Saya difahamkan individu itu sudah mengaku kesalahan dibuat. Jadi, kita tunggu saja hari perbicaraan dan hukuman yang bakal diberikan. Saya berharap ia setimpal dengan perbuatannya. Sejujurnya, saya tidak menjangka dia sanggup menganiayai dan menipu saya. Tapi tak mengapa, negara kita ada undang-undang.Saya difahamkan wang pelaburan itu pun sudah habis. Jadi, saya anggap bukan rezeki saya,” katanya semasa ditemubual oleh Harian Metro.

“Alhamdulillah akhirnya kes ini boleh dianggap selesai apabila salah seorang daripada suspek telah membuat pengakuan terlibat kepada pihak polis,” katanya lagi.

Pelakon tersebut telah menjadi salah seorang suspek kerana dia merupakan individu yang diberi kepercayaan menguruskan pelaburan mata wang kripto dan mempunyai akses terhadap akaun pelaburan Datuk A. Aida.

 Harap-harap lepas ni tak ada lah orang ambil kesempatan atas sikap Datuk A.Aida yang senang mempercayai orang dan redha dengan ketentuan Allah. Semoga pelakon tersebut insaf dengan sikapnya dan berazam untuk berubah dan semoga Datuk A.Aida tabah dengan ujian ini. 

 

Del14