SINGLE TERBARU SYAMEL MEMUKAU

Selepas agak lama menyepi, Syamel kini muncul dengan Single terbarunya berjudul Biar Cinta.

Menurut Syamel, dia berasa teruja dengan kelahiran Single terbarunya kerana telah diberi kepercayaan untuk mencipta lagunya sendiri oleh penerbit dan Komposer terkenal, Edry Abd Halim. Di samping mendapat bantuan profesional dari beliau.

Syamel bersama Edry Abd Halim

 

Dalam pada itu, Ketua Muzik Rocketfuel Records, Adam Lobo, berkata dia mempercayai bakat yang ada pada diri Syamel dan berharap single tersebut mendapat tempat dihati pendengar.
 
“Walaupun Syamel masih baru di dalam industri muzik Malaysia, tetapi saya percaya dengan bakat yang  ada pada dirinya dalam mencipta muziknya tersendiri.
 
“Baru-baru ini dia telah diundang untuk membuat persembahan di China bagi mewakili Malaysia. Itu terbukti muzik yang dibawa oleh Syamel boleh diterima ramai. Karekter dirinya yang bersahaja, kelakar dan mudah didekati juga turut menjadi penyumbang kepada kejayaannya pada hari ini.
 
“Jadi saya berharap ‘Biar Cinta’ ini akan mendapat tempat di hati semua pencinta muzik,” katanya.

Dan, walaupun baru sahaja dilancarkan di laman Youtube pada 14 Disember lepas, video ini sudah mencecah 200 ribu tontonan.

Syamel juga bakal berentap di pentas AJL32 dengan membawakan dua buah lagu antaranya duet bersama Ernie Zakri menerusi lagu Aku Cinta dan lagu solonya berjudul, Lebih Sempurna. 

Salma Syahbuddin