‘ODE TO SPRING’ KEITH KEE INSPIRASI CHEONGSAM MODEN

‘Ode To Spring’ antara tema yang diambil oleh Pereka Cheongsam Terkenal Tanah Air, Keith Kee. Menginspirasikan burung dan juga bunga sebagai salah satu koleksi Cheongsam terbaru keluaran Keith Kee untuk Tahun Baru Cina pada kali ini.

Tidak seperti tahun lepas, dimana semua koleksi Keith Kee adalah bertemakan ‘Iceland Snow White’ memandangkan pada waktu itu beliau baru sahaja pulang dari bercuti disana. Menurut Keith, pada tahun ini inspirasi nya lebih tertumpu kepada corak bunga dan juga burung. 

Malah, pada kali ini juga Keith telah mengolah beberapa jenis cheongsam tradisional  kepada bentuk yang lagi moden dengan mengambil beberapa elemen barat didalam rekaannya itu seperti Coat, jaket dan Capes

Pada malam tersebut juga, sebanyak 50 koleksi telah diperagakan oleh model selebriti  iaitu, Chris Tong, Desmond Tey, Samantha Katie dan model terkenal, Amber Chia. Manakala, 10 daripada koleksi Keith Kee yang diperagakan pada malam tersebut adalah merupakan Haute Couture.

Tambah Keith, beliau lebih suka kepada lukisan klasik berbentuk burung-burung Cina yang tidak terlalu berat untuk diserapkan kedalam setiap rekaannya.

So, kepada semua yang bakal menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi bolehlah berkunjung ke butik Keith Kee untuk mendapatkan salah satu koleksi beliau.

Syabas Keith Kee!

Salma Syahbuddin