#SisCuba : Berjayakah Tiga Gadis Cantik Ini Tembusi Pasaran Antarabangsa?

Sebenarnya tiga gadis yang dimaksudkan tadi adalah, Syifa Melvin, Nabila Razali dan Sarah Suhairi. Mereka digandingkan bersama bagi membintangi sebuah drama yang bakal ditayangkan pada malam ini, jam 9.50 malam di saluran TV3 berjudul Sunsilk #SisCuba dibawakan khas oleh Sunsilk Hijab.

Drama sebanyak  lima episod dan berdurasi 10 minit terbitan Lumatic Films dan diarahkan oleh Syed Fariz ini mengisahkan, tentang tiga orang sahabat baik yang merancang dan bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan dengan membuka empayar perniagaan mereka sendiri sejak dari zaman persekolahan lagi .

Sekitar sesi ramah mesra bersama pelakon Sunsilk #SisCuba bertempat di Balai Berita, Bangsar

Mawar (Nabila Razali), Yasmin (Syifa Melvin) dan Nora (Sarah Suhairi) mendapat inspirasi dan semangat untuk menghidupkan kembali impian mereka bertiga walaupun masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri. Namun, disebalik keakraban dan semangat setia kawan diantara mereka bertiga, wujud ketidak fahaman diantara Yasmin dan Nora. Jadi adakah Yasmin dan Nora akan menundukkan ego mereka bagi menggapai cita-cita sejak mereka dibangku sekolah? 

Jangan lupa untuk Sunsilk #Siscuba pada setiap hari Selasa, jam 9.50 malam di TV3 manakala, di ntv7 pula pada setiap hari Sabtu, jam 4.50 petang. Tapi jangan risau, korang juga boleh saksikan di laman Youtube TV3 Malaysia

Dan, sebarkan lagi kewangian syampu Sunsilk  ini dengan menggunakan #SisCuba dimana-mana platform sosial media korang okay!

Salma Syahbuddin