Siti Nurhaliza Lancarkan Kempen Tabung Sedekah Subuh

Pertubuhan Yayasan Nurjiwa yang dikendalikan oleh penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah melancarkan Kempen Tabung Sedekah Subuh, semalam.

Menurut Siti, kempen tersebut dijalankan untuk menggalakan orang ramai bersedekah dan menderma demi membantu orang yang memerlukan.

“Alhamdulillah, syukur perjalanan Yayasan Nurjiwa dari awal sampai akhir dapat membantu golongan yang berkemampuan.

“Sebelum ini, kita dah lancarkan kutipan untuk Yayasan Nurjiwa melalui fund, konsert-konsert saya dan Alhamdulillah, dengan keadaan yang berlaku ramai juga umat Islam di Malaysia terkesan.

“Jadi sumbangan untuk Palestin jadi keutamaan masa kini. Dalam masa sama kita tetap salurkan bantuan pada pelajar B40 setiap hari sejak tiga bulan lalu.

“Jadi, kempen tabung itu dilancarkan untuk menggalakan orang bersedekah dan membantu orang yang memerlukan. Sekiranya tabung tu dah penuh nak pulangkan pada kami pun boleh, nak bagi pada orang yang berkemampuan itu pun boleh,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Siti ketika ditemui di Majlis Ukhwah dan Apresiasi Yayasan Nurjiwa serta Pelancaran Tabung Sedekah Subuh di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, semalam.

Setakat ini, tabung tersebut juga telah berjaya diedarkan sebanyak 1000 untuk fasa pertama.

“Alhamdulillah, semalam pelancaran kempen jihad dan antaranya kempen tabung sedekah subuh Yayasan Nurjiwa telah berlangsung dan alhamdulillah 1000 tabung fasa pertama telah diedarkan.

“Menerusi tabung ini yang telah kami edarkan kepada para tetamu yang hadir serta pihak masjid, surau dan individu, sumbangan tidak berfokus hanya kepada tabung Yayasan Nurjiwa.

“Namun anda boleh menyalurkan kepada mana-mana pihak yang diinginkan seperti masjid, asnaf, anak yatim dan sebagainya,”

Orang ramai boleh mengembalikan sumbangan tersebut ke akaun Yayasan Nurjiwa, Maybank 514486106455.

Malah, tabung ini akan ditambah lagi jumlah edarannya dan anda boleh berhubung dengan cara emel ke Yayasan Nurjiwa general@nurjiwafoundation.org untuk mendapatkan tabung ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Sahaja Pulih Selepas Dijangkiti Covid-19 Kali Kedua, Siti Nurhaliza Bimbang Peti Suara Terkesan

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Puji Kesungguhan Liza Hanim

Fatin Nurain