Siti Nurhaliza Terharu Elly Mazlein Derma RM10,000 Untuk Rakyat Palestin – “Moga Murah Rezeki Kak Iti Doakan”

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza antara rakan artis yang giat membantu rakyat Palestin dengan mengutip dana menerusi platform badan amal yang diusahakan bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Malah, semangat membantu penduduk di negara bergolak itu menyebabkan hantaran yang dimuat naik di platfrom Instagramnya sudah mula disekat sejak Khamis.

Terbaru, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi ada berkongsi tangkap layar pesanan terus dari pengacara popular, Elly Mazlein yang mahu memberikan sumbangan dana menerusi Yayasan Nurjiwa bernilai RM10,000.

“Assalamualaikum TokTi nombor syatuuu. Pom macam nak bagi sumbangan duit.

“Tapi tak banyak, RM10,000 untuk Palestine,” kongsinya.

Terharu dan bersyukur dengan tindakan rakan selebriti yang tidak putus-putus menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit untuk rakyat Palestin, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini sekaligus menitipkan doa agar mereka yang terlibat dalam membantu saudara Islam di sana sentiasa dimurahkan rezeki.

“Syukur alhamdulillah, terharu saya bila rakan artis @iamellymazlein sudi menyumbang untuk Gaza.

“Semoga bertambah murah rezeki Kak Iti doakan,” katanya.

Selain Elly Mazlein, antara rakan artis yang turut memberikan bantuan menerusi badan amal yang diusahakan Siti adalah pasangan pelakon, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

Dalam hantaran yang berlainan pula, Siti kelihatan sebak dan mengalirkan air mata seusai mendirikan solat dan meminta agar orang ramai sentiasa mendoakan penduduk di sana.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Sering Kongsi Isu Palestin, Hantaran Di IG Siti Nurhaliza Sudah Mula Disekat!

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza Giat Bantu Palestin – “Saya Tak Ada Niat Lain, Saya Hamba Allah Yang Ada Tanggungjawab”

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Nurhaliza Impi Nyanyi Lagu Million Roses – “Lagu Ni Menghantui Saya, Kena Juga Nyanyi Nanti!”

Salma Syahbuddin