Siti Saleha ‘Berguru’ Dengan Ogy Ahmad Daud?

Pelakon kacukan, Siti Saleha meluahkan rasa berterima kasih kepada pelakon senior terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Ogy kerana sudi mengajar ilmu lakonan kepadanya. 

Perkara itu dikongsi oleh pelakon drama rantaian Nora Elena itu menerusi sebuah entri di Instagramnya beberapa hari lepas apabila dia memuat naik fotonya bersama pelakon tersohor tanahair itu.

 

“Terima kasih kerana sudi ajar asahkan lagi lakonan. Saya tak pernah rasa diri ini bagus dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.

“Berlakon adalah satu proses yang berterusan. Banyak untuk dipelajari!

“Terima kasih untuk waktu dan segala pengajaran hari ini, @fauziahahmaddaud.official,” tulis Saleha sebagai kapsyen. 

Ogy turut meluahkan rasa gembiranya kerana pelakon seperti Saleha sanggup untuk mendalami bidang lakonan walaupun telah menempah nama sebagai salah seorang pelakon popular di Malaysia 

“Terima kasih banyak-banyak @sallywho kerana meluangkan masa dan usaha untuk menimba ilmu dalam bidang lakonan.  Saya sangat menghargainya dan saya berharap untuk berjumpa anda di Master Class,” balas Ogy di ruangan komen.

Kredit Foto: Instagram @sallywho

Del14