Skandal Pelacuran Dan Dadah, Seungri Enggan Serah Telefon Bimbit

Ahli kumpulan Big Bang yang kini terpalit dengan kontroversi pelacuran dan dadah dilaporkan enggan menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Sementara pihak media Korea, iaitu Koreaboo bagaimanapun, melaporkan pihak berkuasa bertegas supaya telefon tersebut diserahkan bagi membantu siasatan dan mencari bukti berkaitan skandal pelacuran untuk pelabur asing, penyalahgunaan dadah dan rasuah menerusi beberapa lagi laman sembang mereka yang terlibat.

Selain Seungri, Jung Joon Young juga turut terlibat dalam skandal pelacuran ini namun beliau dikhabarkan telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak berkuasa.

Justeru itu, rata-rata peminat Seungri berasa kesal dengan tindakan penyanyi kesayangan mereka ini yang tidak mengotakan janji apabila sebelum ini Seungri pernah membuat kenyataan akan memberikan kerjasama bagi membantu sisatan tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Salma Syahbuddin