#SkoolXTRA: Ini 3 Memori Ernie Zakri Ketika Di Sekolah! Pernah Jadi Tukang Karut & Kena Gelak Dengan Kawan-Kawan Sebab…

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Wow! Kalau anda nak tahu Ernie dulu seorang pelajar Methodist Girls’ School, Kuala Lumpur tau!

Haa, Ernie ingat tak tu apa yang jadi kat sekolah dulu? Jom kita test Ernie ingat tak!

Jadi Tukang Karut

“Saya jadi tukang karut untuk dikir barat. Masa tu saya tiba-tiba saja masuk sebab mereka tak ada tukang karut. Kakak saya sendiri yang jemput saya masuk. Dia cakap ‘dik aku perlukan kau, kita tak ada tukang karut, kita nak masuk pertandingan dah’.

“Dengan tak ada basic, saya jadi tukang karut. Agak lama jugak sampai habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)! Bestlah.

Salah ‘landing’ time lompat tinggi!

“Oh! Masa hari sukan saya join lompat tinggi dan kepala saya tak landing atas tilam tapi atas rumput. Sangat kuat tapi doktor buat scan, Alhamdulillah tak ada apa-apa.

“Semua cikgu-cikgu risau lah. Malu juga sebab dikelilingi kawan-kawan dan mereka gelakkan saya sampai sekarang! Sakitnya…

Ernie budak baik?

“To be honest, saya sebenarnya budak baik di sekolah. Mungkin anda tak percaya kan? Tapi saya memang sangat-sangat ada kawan yang gitu-gitu saja

“Tak ada memori yang terlampau best. Mungkin cuma saya dapat peluang pergi pertandingan menyanyi. Pengetua saya yang bagi peluang tu, dia cakap ‘Ernie you boleh cuti lama sikit but make sure you come back SPM nanti you boleh succed you punya result’.

“Sebabkan pengetua saya punya kepercayaan kat saya tu lah saya sampai kat sini. Kalau dia tak bagi chance untuk saya cuti sekolah lama 2 bulan tu, saya rasa mungkin saya tak sampai tahap ini. Thank you Puan Sha. Love you!

Ye ke Ernie budak baik ni?

Khairil Khusyairi