#SkoolXTRA Rambut Kena Botak, Pernah Kena Buli Sebab… Ini Momen Atiq Azman Ketika Di Sekolah Tahfiz!

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan pelakon kacak, Atiq Azman yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Atiq dulu seorang pelajar Sekolah Agama Tahfiz tau! Bukan biasa-biasa okey!

Jom kita throwback balik momen-momen Atiq dulu. Katanya dulu dia ada ‘band’ sendiri dekat sekolah… betul ke Irfan?

Pernah Jadi Pengawas Sekolah!

“Masa Atiq sekolah tahfiz dekat Terengganu dulu Atiq seorang pengawas tau!

‘Time tu tahun 2014 macam tu lah, best jadi pengawas dapat banyak kelebihan.

Atiq Kena Buli?

“Dulu saya pernah kena buli sebenarnya..tapi takpelah saya tak mahu cakap lebih.

“Waktu tu memang nakal sikit lah…

Cikgu Gunting Rambut Atiq Sebab…

“Biasalah lelaki…kita kan nak jaga rambut kita.

“Kalau nak balik raya ataupun cuti panjang, dah tentu rambut kena ‘smart’ betul tak? tapi kami kena rambut botak. Siapa je suka kan?

“Macam mana pun tetap kena macam askar lah jadinya.

Haa macam mana momen-momen Atiq Azman time sekolah dulu? Nakal juga ya sampai kena potong rambut tu!

Khairil Khusyairi