Bimbang Dengan Kes Cerai-Berai, Imran Aqil Kongsi Dugaan Tunang – “Makin Saya Rasa Banyak Kekurangan…”

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil akui dia juga tidak terlepas daripada melalui ujian bertunang dengan gadis pilihannya iaitu Dahlia Rizal.

Memetik laporan mStar, dia turut berpesan lebih baik fasa bertunang itu dipendekkan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik.

Menurutnya, antara ujian yang dilalui adalah merasakan banyak kekurangan diri dan latar belakang ibu bapa mereka yang cerai-berai membuatkan dirinya sedikit bimbang.

“Lebih dekat dengan tarikh perkahwinan ni, makin saya rasa diri saya banyak kekurangan. Banyak benda saya kena belajar.

“Apa yang saya buat, saya pergi jumpa orang minta nasihat, baca buku tentang relationship perkahwinan ni sebab family saya bercerai-berai, family dia (Dahlia) pun cerai-berai, jadi saya tak nak disebabkan perkara yang simple kita boleh bercerai.

“Kalau tengok zaman sekarang ni, artis-artis bercerai, masuk mahkamah semua kalau boleh saya tak nak perkara tu berlaku dalam kehidupan saya,” ujarnya.

Disoal sama ada dirinya fobia untuk berkahwin gara-gara isu perceraian yang semakin meningkat, dia dan pasangan hanya mampu berdoa dan tawakkal sahaja kepada Tuhan.

“Memang pada awal lagi, saya ambil keputusan yang agak serius disebabkan past kami. Saya ada cakap dekat dia kalau kita takut kahwin disebabkan cerai, sampai bila-bila pun kita tak akan kahwin.

“So, kita kena trust dengan Allah dan tawakkal saja yang penting kita usaha,” jelasnya.

Masih belum mahu berkongsi tentang tarikh perkahwinannya, namun Imran hanya mengatakan ia bakal berlangsung pada akhir tahun ini.

Maya Basir