“I Rejected The Rings Thru My Lawyer” – Anak Jadi ‘Orang Tengah’, Diana Danielle Sangkal Terima 8 Barang Kemas

Pelakon Farid Kamil memaklumkan bahawa dia telah memberi isterinya, pelakon Diana Danielle lapan barang kemas menerusi anak-anaknya ketika menghadiri prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) kes penceraiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Dua Kali Terima Hadiah Lapan Barang Kemas Dari Farid Kamil Melalui Anak – “Insya-Allah Masa Akan Tiba…”

Namun begitu, Diana tampil membuka mulut memberi penjelasan mengenai pemberian lapan barang kemas daripada suaminya di Instagram.

Menerusi hantaran Instagram Storiesnya (IGS), Diana menyatakan bahawa dia tidak menerima lapan barang kemas tersebut.

Jelasnya, Farid memberikan barangan tersebut kepada anak lelakinya, Muhammad dan diminta untuk memberi kepadanya.

Malah, dia memaklumkan bahawa tindakan Farid tersebut membuatnya berasa tidak selesa dan tidak memberi sebarang reaksi mahupun ucapan terima kasih.

“Sebenarnya saya tidak pernah terima ‘8 cincin’ itu. Dia (Farid) bagi dan beritahu kepada anak saya untuk beri kepada saya. Saya sangat tidak selesa mengenainya dan membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang reaksi.

“Dan saya tidak pernah ucap terima kasih kerana saya menolak cincin tersebut menerusi peguam saya tetapi dia menggunakan anak saya,” jelas Diana.

Bukan itu sahaja, Diana juga sempat meninggalkan pesan kepada Farid untuk tidak menjadikan anak mereka sebagai perantaraan untuk memberi sebarang hadiah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Turun Ke Mahkamah Beri Sokongan, Farid Kamil Hadir Bagi Laporan JKP & Tuntutan Nusyuz Sebutan Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Turun Ke Mahkamah Beri Sokongan, Farid Kamil Hadir Bagi Laporan JKP & Tuntutan Nusyuz Sebutan Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Baru Jumpa Aurora…” – Akur Perintah Mahkamah, Farid Kamil Diarah Hantar Surat 5 Hari Sebelum Jumpa Anak

Atiqah Johari