“Soal Itu Saya Sudah Tutup Ramadan Lalu & Kini Mulakan Hidup Baru” – Puteri Sarah

Susulan dua kes perbicaraannya yang berlangsung esok, pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, memaklumkan, dia enggan membuang masa dan memberikan komen mengenai hal melibatkan rumah tangganya.

Malah, dia berharap agar segala urusan perbicaraan mahkamah untuk kes injuksi terhadap keluarga Kazar dan proses bersama Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung perceraian difailkan esok akan berjalan dengan baik.

“Saya doakan yang terbaik. Itu saja yang harapkan setiap kali. Sebenarnya saya sudah tak nak komen pasal itu lagi.

“Hari itu sudah berakhir. Saya tak nak buang masa dah. Saya nak terbang tinggi. Saya memang nak bagi diri sibuk. Itu yang saya nak fokus sekarang. Saya sudah terlalu lama buang masa,” katanya.

Tambah Sarah, selepas perbicaraan kes mahkamah esok, dia akan terbang ke Jakarta atas urusan kerja.

“Saya nak ‘move on’. Hakikatnya esok saya akan terbang ke Jakarta selepas kes mahkamah. Saya ada kerja di sana.

“Bab hidup itu saya sudah tutup masa Ramadan lalu. Saya mulakan dengan hari raya yang bahagia dan gembira,” jelasnya.

Terdahulu, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof dan dalam masa sama memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz Syamsul terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu.Dan, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din telah menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan kedua-dua pihak perlu hadir ke mahkamah.

Sekadar info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin