Mahu Faham Kerjaya & Masa, Zizan Razak Tak Selektif Soal Jodoh – “Kalau Orang Industri Mungkin…”

Sering dikaitkan dengan selebriti wanita namun pelakon dan pelawak Zizan Razak mengakui masih belum jumpa dengan jodoh akibat komitmen kerjaya.

Kata Zizan dia sukar untuk mencari pasangan kerana tidak mempunyai masa untuk berkenalan kerana jadualnya.

Namun begitu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 39, memaklumkan bahawa dia juga mempunyai keinginan untuk berumah tangga.

“Saya pun bernafsu. Saya nak tapi kan rezeki saya kadang masuk je tahun baru saya mintak jadual penuh sampai akhir tahun. Saya tak ada masa nak bercinta. Kadang mak saya cakap ‘adik Ibu nak macam ini macam ini, yang dia nak tu tak tahu dekat mana’.

“Kadang bukan paras rupa yang kita nak. Cara borak, cara dia ambil hati kita, kita ambil hati dia. Macam saya ni particular jugak, saya ni perfectionist jugak.

“Kadang walaupun diluar cantik tapi bila bercakap kasar sikit alamak macam mana. Kerja saya ni sensitif. Comedian majoriti sensitif dan kerja saya ni bukan semua orang faham.

“Kadang saya balik lewat pagi. Saya rasa ibu saya je faham cara kerja saya macam mana. Kadang seminggu tak jumpa dia, kadang dia sengaja tunggu saya tak tidur sebab saya balik pagi.

“Tapi, siapakah isteri saya atau bakal isteri saya yang faham kerja saya macam ini. Mungkin seminggu dua dia boleh cakap tak apa I faham you punya kerja tapi bila bertahun-tahun kita tak tahu. So, doa yang terbaik untuk saya,” jelasnya.

Menginginkan pasangan yang memahami kerjaya dan cara kerjanya namun pelakon Polis Evo 3 ini tidak menetapkan bakal isterinya mesti dalam industri yang sama.

“Saya tak memilih sampai macam itu pun. Tapi, kalau orang dalam industri mungkin dia lebih faham, cepat faham kan.

“Tapi kalau orang yang diluar industri pun saya akan fahamkan dia lah bagaimana kerja dan kerjaya saya,” ujarnya kepada XTRA.

Atiqah Johari