INI UJIAN ALLAH, KITA SEMUA INSAN LEMAH – SOFI JIKAN

Susulan laporan polis yang dibuat Datuk Farid Kamil terhadap tiga rakan artis yang didakwa ‘mengenakannya’, pelakon Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Sofi Jikan dengan tenang memberitahu, “Ini ujian Allah dan kita semua insan yang lemah… no komen,” katanya kepada portal Harian Metro di pejabat Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, sebentar tadi.

Tambahnya lagi ” Kasi sengat! Lu rembat wa, wa rembat lu!” – begitulah bunyi laporan daripada Harian Metro selepas dirinya bebas. 

Terdahulu, Farid Kamil mendakwa dirinya ‘dijerat’ oleh tiga artis yang dikatakan meletakkan dadah dalam minumannya sehingga bertindak di luar kawalan sehingga menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu

Sementara itu, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari untuk membuat siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja. Walau bagaimanapun, tempoh reman tidak akan disambung terhadap pelakon berusia 48 ini.  

Sofi disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

Sofi ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada 11 malam Selasa lalu ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

SGMS Faida