Sohor Kini Di Twitter Sehingga Ke Indonesia, Ramai Tak Sabar Nantikan Melur Untuk Firdaus 2 – “Baru Keluar Teaser Dah Trending”

Kehangatan drama fenomena Melur Untuk Firdaus nampaknya kian terasa apabila drama bersiri popular itu trending di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, #MelurUntukFidausSeason2 trending di Twitter biarpun drama tersebut belum memulakan tayangan rasminya.

Lebih menarik, kehangatan drama lakonan pelakon Meerqeen dan Anna Jobling itu turut dirasai di negara seberang, Indonesia apabila #MelurUntukFirdausSeason2 juga trending di Twitter.

Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan drama fenomena ini kembali selepas musim pertama berjaya mencatatkan 11 juta penonton dan 823 juta interaksi di media sosial sepanjang 28 episod bersiaran di kaca televisyen.

Kini ratusan akaun kelab peminat di media sosial telah dicipta oleh peminat-peminat negara dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei dan Thailand.

Hari ini, stesen TV3 menerusi Drama Sangat telah mengeluarkan poster rasmi Melur Untuk Firdaus 2 di media sosial.

Melur Untuk Fidaus 2 turut menampilkan watak baharu yang dilakonkan Eyka Farhana dan Azim Yusof yang akan menghiasi Slot Akasia mulai 16 Mac ini.



Khairil Khusyairi