Stail Hijab Makin ‘Wow’, Neelofa Curi Tumpuan Dunia!

Satu hal tentang Neelofa apabila bercakap soal fesyen adalah stail hijab yang sering digayakan saat menghadiri acara-acara besar atau kunjungan ke luar negara.

Tentulah, sebagai pengusaha Naelofar Hijab, usahawan yang berusia 30 tahun itu sering menjadi tumpuan khalayak, terutama peminat dunia fesyen.

Justeru, apabila Neelofa mengenakan hijab penuh ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara di Milan, Itali baru-baru ini, gaya tudung yang disarungkannya itu mendapat respons positif dalam kalangan pengikut di laman sosial.

“Sekitar setahun lalu, saya tampil dengan imej turban setiap kali berjumpa individu fesyen penting di luar negara kerana mahu memperkenalkan kepada mereka yang wanita berhijab juga mampu melaram dan kelihatan bergaya.

“Saya tahu, jika saya mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Disebabkan hal itu, saya selalu tampil dengan stail kreatif ketika berada di luar negara.

“Namun, ketika menghadiri pertunjukan fesyen MaxMara sebagai satu-satunya tetamu yang mengenakan hijab penuh, dan diminta bergambar oleh beberapa jurugambar, saya berasa hajat saya untuk membawa stail hijab penuh ke luar negara telah terlaksana.

“Saya berasa bangga. Bukan kerana dapat menghadiri majlis fesyen, tetapi dapat membawa gaya hijab penuh ke ruang fesyen antarabangsa.” katanya.

 

SGMS Faida