Stesen Dakwa Rating Suria Petang Jatuh, Tyzo Tampil Kemukakan Bukti? – “Biarlah Gambar Berbicara”

Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo tampil memberi respons dakwaan jumlah pendengar segmen petang kendaliannya menurun seperti yang didakwa Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group dan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Tyzo memuat naik foto yang memaparkan rating jumlah pendengar bagi tahun 2022 hingga 2023.

Dakwa Tyzo, segmen kendaliannya bersama Shiera atau Kak Rara iaitu Suria Petang mencatatkan jumlah pendengar yang tinggi berbanding segmen lain.

Dakwa Tyzo lagi, gambar tersebut dibentang dan ditulis sendiri oleh Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abd Majid atau DJ Lin.

“Kecoh sangat pasal rating, biarlah gambar berbicara. Ini data rating jumlah pendengar.

“Alhamdulillah bagi tahun 2022 hingga 2023, Suria Petang berada di tangga teratas segmen, sepanjang 4 kali survey berturut-turut.

“Gambar tersebut dibentang dan ditulis tangan sendiri di whiteboard oleh GM. Sekian,” kongsi Tyzo.

Pada sidang media Suria FM semalam, Aminuddin mendakwa survey radio menunjukkan penurunan bahkan kemenangan Tyzo pada ABPBH35 lalu tidak memberi sebarang impak terhadap jumlah pendengar segmen Suria Petang.

Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai segmen Suria Petang, berakhir selepas membuat pertimbangan menerusi tinjauan jumlah pendengar dan kewangan syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Penamatan Kontrak Tyzo, Ini Penjelasan Rasmi Pihak Suria – “ Dia Mahu Extend Kontrak 6 Bulan Sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Onn Sifatkan Gandingan Tyzo & Shiera Serasi – “Mereka Berdua ‘Ngam’… Itu Mahal”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Adalah Kecaman Terhebat Yang Dilemparkan Dari Tyzo”- DJ Lin

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Nampak Rara Menyimpan Sesuatu Di Dalam Hati” – Tiada Lagi Gandingan Bersama Tyzo, Netizen Luah Rasa Sedih 

ARTIKEL BERKAITAN: “Demi Allah! Benda Tu Berlaku Secara Spontan” –  Tyzo Nafi Dakwaan Sengaja Mahu Jatuhkan DJ Lin

ARTIKEL BERKAITAN: “Khidmat Tyzo Berakhir 12 Januari, Kami Telah Rangka Strategi & Perancangan Baharu Tahun 2024” – DJ Lin

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

Khairil Khusyairi