Suami Mizz Nina Dikritik Pakai Rantai, Netizen Kurang Senang Tengok Cara Essam Bercakap – “Over, Tak Boleh Tenang Sikit Ke?”

Suami penyanyi sensasi, Mizz Nina iaitu Essam Muhammad tampil menjadi wakil isterinya berhubung kes hak penjagaan anak di Mahkamah Syariah Shah Alam sebentar tadi.

Menerusi video temu bual bersama OhBulan!, penampilan Essam yang hadir memakai jubah serta memakai rantai perak telah menerima pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mengkritik Essam gara-gara memakai rantai perak yang dipercayai haram untuk kaum lelaki kerana termasuk dalam kategori memakai perhiasan.


Ada segelintir individu mempertahankan Essam mengatakan dia memakai rantai melambangkan peta Gaza.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ada juga beberapa pihak yang kurang senang melihat cara pengayaan dan percakapan Essam yang dikatakan seperti sedang rap.


Bagaimanapun, ada juga yang memuji Essam menjadi suami bertanggungjawab terutamanya sebagai ketua keluarga, melindungi isterinya dalam keadaan gusar ini.

Sebelum ini, Mizz Nina mendedahkan bekas suaminya, Noh mengambil Musa tanpa pengetahuan pihaknya.

Susulan itu, Noh menepis dakwaan tersebut serta kenegaskan dia sudah mendapatkan kebenaran daripada ibu kandung Musa untuk menjaga anak angkatnya itu.

Artikel Berkaitan: Terkejut Mizz Nina Tarik Semula Kes Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Dedah Dianiaya – “Tidak Adil Bagi Pihak Saya, Apa Permainan Dia?”

Artikel Berkaitan: Ibu Kandung Musa Tampil Buka Mulut, Bidas Noh Salleh – “Saya Rasa Dimanipulasi & Digunakan Untuk Kepentingan Dia”

Artikel Berkaitan: Akhirnya Noh Salleh Buat Permohonan Maaf! Dedah Tidak Tahu Perjanjian Yang Dibuat Oleh Mizz Nina & Ibu Kandung Musa

Sekadar info, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun pasangan ini bercerai pada Ogos 2022.

Kredit video: OhBulan!

Aqilah Paharuzi