Kekal Manis Pakai Abaya Ketika Umrah, Peminat Dakwa Siti Hajaar Sedang Berbadan Dua? – “Nampak Baby Bump!”

Penampilan isteri kepada penyanyi, MK K-Clique, Siti Hajaar sering meraih pujian positif dalam kalangan peminatnya kerana kecantikannya yang selesa mengenakan abaya atau jubah.

Terbaharu, Hajaar kelihatan manis mengenakan abaya berona kelabu gelap ketika menjalani ibadah umrah di Mekkah menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Hajaar sempat menzahirkan rasa syukur dan mengakui tenang ketika menikmati suasana di Kota Suci itu.

β€œAlhamdullilah, indah dan tenangnya suasana di sini. MashaAllah lain rasa dia. Semoga kita semua akan dijemput ke Mecca (Mekkah) lagi dan lagi. InshaAllah,” tulisnya.

@hajaarsitiiAlhamdullilah, indah dan tenangnya suasana di sini. MashaAllah lain rasa dia 🀍 Semoga kita semua akan dijemput ke Mecca lagi dan lagi. InshaAllah 🀲🏻🀍

♬ Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨͺ Ψ§Ω„Ψ£Ψ΅Ω„ΩŠ – πŸƒπ™ΉπšŽπšœπšπšŽπš› πšƒπš›πšŠπšπšŽπšœπŸƒ

Selain kagum dengan penampilannya yang istiqamah menjaga adab berpakaian, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa teruja selepas mendakwa ternampak β€˜baby bump’ isteri penyanyi itu di ruangan komen.

Terdahulu, MK dan Hajaar telah mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023.

Fatin Nurain