[VIDEO] Gelagat MK Bergurau Dengan Ibu Ketika Menunaikan Umrah Curi Perhatian, Netizen Komen: “Anak Syurga! Nampak Dia Bahagia Sangat”

Pelakon dan penyanyi, MK K- Clique mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi hantaran diplatform media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, MK atau nama penuhnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, kelihatan gembira menolak kerusi roda yang dinaiki ibunya sambil mengelilingi kawasan pusat membeli-belah berkenaan.

“Mama, panjangkan umurnya dengan penuh keberkatan Ya Allah. Ampuni segala dosanya dan sayanginya seperti mana dia menyayangi kami sewaktu kecil,” tulisnya.

Terhibur melihat gelagat bersahaja MK, rata-rata warganet melabel penyanyi itu sebagai anak yang baik memandangkan dia sering dilihat melayan ibunya dengan baik sekali.

“Nampak MK bahagia sangat dengan mak dia. Doakan saya juga dapat ke sana.

“Sejuk perut ibu yang mengandungkan dapat anak bertuan macam MK.

“Nakal tapi comel je buat mak macam tu. Rempit sama-sama. Bertuah punay anak.

“Anak syurga,” komen netizen.

 

Sekadar info, MK bersama keluarga dan juga ahli kumpulan K Clique yang lain sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah.

Salma Syahbuddin