SUDAH GIVE UP, KENAPA DENGAN ELYANA?

Kalau tahun lepas satu Malaysia dikejutkan dengan kenyataan rasmi dari Elyana sendiri bahawa beliau menghidap penyakit kanser Lymphoma sejak tujuh tahun yang lepas. Dan, mengakui bahawa penyakitnya itu telah pun mencapai tahap yang ke empat. 

Elyana ketika sedang menjalani rawatan Kemoterapi pada ramadan tahun lepas

Semenjak kenyataan tersebut dibuat dihadapan semua peminat-peminatnya dalam satu program hiburan realiti, Elyana tidak putus-putus mendapat kata-kata semangat dari para peminatnya mahupun rakan artis yang lain. Elyana juga dianggap sebagai seorang yang sangat kuat kerana telah melalui fasa-fasa sukar dalam hidupnya. Namun dia masih mampu tersenyum dan menghiburkan peminatnya itu dengan persembahan-persembahan yang begitu memukau. Justeru itu, ramai yang menjadikan dirinya sebagai sumber inspirasi.

Elyana semasa membuat persembahan

Namun, apa yang membuatkan seluruh peminatnya risau adalah status yang dimuat naik oleh Elyana menerusi Insta Story beliau semalam yang menunjukkan bahawa, dirinya sudah give up dan tidak tahan dengan apa yang dialaminya itu. 

Disebabkan video pendek yang mengandungi beberapa quotes dalam bahasa inggeris itu, ramai peminatnya tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan mendoakan beliau agar terus kuat dan sihat. 

Apapun, kami di xtra juga mengharapkan agar Elyana berada dalam keadaan yang baik dan mendoakan agar kesihatan beliau sembuh sepenuhnya. 

Salma Syahbuddin