Categories: HiburanSelebriti

Sudah-sudahlah tu kecam Iqram

Pengacara berbakat Zulin Aziz meminta sesetengah netizen menghentikan perbuatan mengecam sikap Iqram Dinzly di Instagram.

Zulin memberitahu dirinya amat terkilan dengan penulisan netizen yang mempersendakan kelakuan Iqran sedangkan mereka tidak mengetahui situasi di sebaliknya.

“ Masyarata wajar memberi sokongan moral kepada Iqram yang mungkin ketika membuat rakaman secara langsung itu berhadapan tekanan atau masalah.

“Aku tak faham yang sejenis pergi kat ‘live’ (Instagram) Iqram Dinzly, kemudian memaki-maki dia. Manalah tahu dia tertekan ke apa. Kau (netizen) tambah lagi buat apa. Kasihan aku tengok. Bagilah dia semangat atau doakan dia.

“Pada mulanya dia menari saja. Tetapi apabila orang mengusik dan kata dia macam-macam, sibuk hal dia, mungkin sebab itu dia buat lagi teruk sebab geram sangat,” tulis Zulin di Twitter.

Sebagai seorang kenalan, Zulin menyifatkan Iqram sebagai lelaki yang berhati mulia dan baik malah tidak pernah meninggalkan kewajipan sebagai seorang Islam dengan menunaikan solat lima waktu.

“Iqram ini memang solat tak tinggal. Lepak dengan dia di pusat beli belah, dia cari surau. Datang rumah terbuka aku, dia minta tumpang solat. Bukan di buat-buat pun.

Iqram menerima kecaman ramai sejak kebelakangan ini ketika berkongsi aksi secara langsung di laman sosial peribadinya.

SGMS Enal