Categories: HiburanSelebriti

Ada Yang Kata Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Kehadiran Fattah Amin di dalam industri seni tanah air tidak dinafikan membuatkan beberapa pelakon lebih berpengalaman turut bersuara menyatakan pandangan masing-masing. Malah gelaran ‘kayu’ yang diberikan kepada Fattah, masih lagi melekat sehingga kini.

Baru-baru ini, drama adaptasi My Coffee Prince lakonan Janna Nick dan juga Fattah turut ditonton oleh Erma Fatima – seorang pelakon, pengarah dan juga guru lakonan dan seringkali drama arahannya mampu menyentuh perasaan.

Hanya meninggalkan komen ‘comel’ ditujukan kepada Fattah dan juga Janna dalam muatnaik gambar di Instagramnya, perkara tersebut menjadi perbalahan di antara peminat kerana ada pihak tidak berpuas hati dengan lakonan Fattah.

Bagi Erma sendiri, dia dapat melihat perubahan positif dari segi lakonan Fattah namun turut menyatakan keupayaan sebenar pelakon lelaki tersebut belum teruji kerana belum diberikan watak yang mencabar.

Alangkah bersyukurnya peminat dan warga laman sosial lain jika Erma dapat mengarahkan sebuah drama berat di mana Fattah bakal membawakan watak yang berbeza dan semestinya mencabar. Sama-sama kita nantikan sama ada perkara ini akan terjadi atau tidak.

SGMS Enal