Categories: HiburanSelebriti

Sufian Suhaimi Bersanding Sorang Diri Di Pentas AJL 33

Hebat! Walaupun tidak berapa sihat, penyanyi Sufian Suhaimi tetap tampil dengan kejutan apabila berjaya membuatkan penonton sebak.

Menyampaikan lagu Di Matamu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen, Sufian membuat kejutan dengan muncul di pentas dengan prop serba putih yang dilihat seperti pelamin. Apa lagi…sorakan kuat mula bergema ketika Sufian melirik ke tepi di atas ‘pelamin bayangan’.

Saat stadium dibiarkan bergelap dan lampu limpah fokus pada persembahan Sufian, peminat secara otomatik memasang lampu suluh sekali gus memberi suasana seolah bintang berkelip di malam hari.

Sufian mungkin dilihat bagai masih belum move on dengan kisah pertunangannya dengan pelakon Elfira Loy yang putus awal tahun lalu. Apa tidaknya, dengan hiasan bunga di pentas,  ia nampak seperti pelamin sewaktu majlis pernikahan pelakon jelita itu. Apa pula pendapat korang? 

 

SGMS Faida