“Suka Sangat Nak Up Orang Mentah” – Usaha Kerja Keras Tak Dihargai, Liyana Jasmay Luah Rasa Kecil Hati?

Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay meluahkan rasa kecewa apabila usaha dan kerja keras tidak dihargai.

Menerusi hantarannya di Instastory, dia hairan dengan tindakan sesetengah pihak yang suka memberi perhatian terhadap perkara tidak masuk akal.

Malah, pelantun lagu Cinta Bersatu ini merasakan golongan masih mentah semakin disanjungi.

“Benda overhype selalu tah pape. Also suka sangat nak up orang yang mentah, orang yang usaha gila-gila tak peduli pun,” katanya.

Kenyataan Liyana tersebut seakan berkecil hati apabila usahanya tidak dipedulikan.

Terdahulu, dirinya pernah teruk dihina netizen gara-gara memuat naik video sedang makan tanpa mengenakan sebarang solekan.

Meskipun wajahnya dihina, ramai yang mempertahankan dirinya dan memberikan kata-kata semangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Liyana Jasmay Tanpa Makeup Teruk Dihina, Zain Saidin Tampil Pertahankan! – “Nanti Muka Awak Kedut & Reput Juga…”

Maya Basir