Pertama Kali Bekerjasama Dengan Aina Abdul, Shila Amzah Luah Rasa Teruja! Bakal Buat ‘Comeback’ Lepas Berpantang

Penyanyi terkenal, Shila Amzah meluahkan rasa syukur dan terharu kepada peminat-peminatnya yang tidak henti memberi sokongan.

Menerusi platform X, Shila yang kini sedang mengandung anak kedua hasil perkahwinan bersama pempengaruh, Ubaidillah ini berkata dia bakal kembali aktif dalam industri seni selepas selesai berpantang.

Kata pelantun lagu popular Patah Seribu ini, dia dalam keadaan sihat dan sedang menikmati fasa kehamilan selain sibuk bekerja.

“Thank you for all the love and support guys! Insya-Allah, I will make a comeback after my confinement.

“Now I’m just enjoying my pregnancy , filled with work here and there. Alhamdulillah I am doing well,” tulisnya.

Sementara itu, Shila mendedahkan dia mendapat keyakinan diri untuk menyanyi semula selepas menyertai program realiti nyanyian disebalik topeng musim kedua.

Malah, Shila yang menjadi maskot rambutan dalam program tersebut berjaya merangkul gelaran juara musim kedua.

“Alhamdulillah selesai dah kerja, thank you production Team Masked singer season 2, you will always have a special place in my heart!

“Sha dapat confidence sha balik on stage when i did Masked singer S2,” katanya.

Dalam pada itu, Shila juga meluahkan rasa teruja pertama kali bekerjasama bersama penyanyi bervokal lunak, Aina Abdul yang juga merupakan juara program tersebut untuk musim pertama menerusi maskot bunga mawar.

Shila dan Aina menjadi penyanyi jemputan bagi finale The Masked Singer musim keempat yang berlangsung pada Ahad lalu.

“We never worked together before but Alhamdulillah despite of the time constrain, kita dapat buat yang terbaik! All the best for Anugerah Juara Lagu (AJL),” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Big Superstar Rupanya Isteri Saya Ni!” – Konsert Di Macao ‘Full House’, Ubai Terkejut Sambutan Peminat Shila Amzah Luar Biasa

Artikel Berkaitan: “I Promise I Will Love You & Adik Equally” – Shila Amzah

Aqilah Paharuzi