Sultan Johor Perkenan Lukisan Mural Joey Daud..Siap Tambah 15 Lagi Lukisan Dinding Di Johor!

Pelawak Joey Daud meluahkan rasa syukur apabila lukisan mural yang dihasilkannya di bandar Muar, Johor berjaya meraih perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Joey menyifatkan rezeki yang diterimanya ini seakan mimpi kerana masih tidak menyangka baginda menyukai hasil lukisannya.

Susulan itu, baginda menitahkan Joey untuk melukis 15 lagi lukisan dinding di sekitar bandar tersebut selain tiga di Tangkak.

Di samping itu, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 48, berharap dapat melaksanakannya dalam masa yang ditetapkan.

“Allhamdulillah, baginda suka dengan konsep yang disampaikan dan saya berjaya menerima tawaran itu walau ramai pihak lain yang turut menghantar tender.

“Pada mulanya saya hanya menghasilkan tiga mural untuk Majlis Perbandaran Muar, Sultan Ibrahim yang kebetulan berada di sana melihat dan menyukai hasil potret saja. Jadi baginda menambah jumlah mural yang perlu disiapkan tahun ini iaitu sebanyak 15 mural,” katanya.

Sumber: Mstar

Aqilah Paharuzi