R*gol Anak Kandung Usia 16 Tahun Sebanyak 3 Kali, Askar Dihukum 18 Tahun Penjara & 34 Sebatan

Mahkamah Sesyen Sibu telah menetapkan seorang askar untuk dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 34 sebatan kerana didapati bersalah merogol dan melakukan serangan seksual ke atas anak perempuannya.

Tertuduh, Muhammad Hakimi membuat pengakuan bersalah atas dakwaan merogol anak perempuannya berusia 16 tahun sebanyak tiga kali di hadapan Hakim Marutin Pagan.

Kejadian ngeri tersebut berlaku di dalam bilik rumah panjang mereka dari 11 Mac hingga 26 April.

Hakim Marutin memaklumkan tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi setiap tiga pertuduhan.

Tertuduh turut dijatuhi hukuman satu sebatan bagi setiap empat pertuduhan serangan seksual berdasarkan Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Difahamkan, kes rogol berkenaan terbongkat setelah mangsa memberitahu kepada gurunya pada 12 April lalu mengenai kejadian tersebut.

Susulan itu, guru yang berusia 34 tahun itu bertindak membuat laporan polis yang akhirnya membawa kepada penahanan tertuduh.

Tertuduh diperintahkan untuk menjalankan hukuman secara serentak oleh Hakim Marutin bermula dari tarikh ditangkap iaitu apda 21 April.

Sumber: The Star

Aqilah Paharuzi