‘Sumpah Saya Tak Ingat’- Radhi OAG Lupa Frasa Cerai

Isteri Radhi OAG, Ayu Shahira mengakui kecewa apabila suaminya tidak mengingati frasa lafaz talak yang dibuat pada 25 Mac lalu.

Ayu atau nama penuh, Nur Shahira Ayu Zahiri, 25, turut meluahkan rasa ralat apabila perlu ke mahkamah semula pada tarikh 16 Julai depan bagi Radhi membuat sumpah nafi.

“Radhi menyatakan hasrat untuk rujuk semula, namun tidak mencapai kata sepakat bersama saya. Oleh itu, kami menyerahkan kepada mahkamah membuat keputusan sama ada lafaz yang dibuat pada 25 Mac lalu sah atau tidak.

“Semestinya saya kecewa kerana Radhi menukar fikiran dan menafikan dia ada melafazkan talak kerana tidak ingat. Memandangkan mahkamah memberikan tempoh sehingga 16 Julai depan, maka kami perlu berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini.

“Saya berharap dia jujur kepada mahkamah kerana proses ini sangat rumit. Malah, saya juga terikat dengan komitmen kerja,” kata Ayu.

Ayu dan Radhi masing-masing tidak diwakili peguam dan hadir secara berasingan.

Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua anak Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum itu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Fas