Kemelut rumah tangga melibatkan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang dikatakan bergolak akibat wujudnya pihak ketiga iaitu anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi, Ira Kaza akhirnya dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Khamis.
Ira Kaza, 27, dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama baru-baru ini.
insert pic
Menurut sumber Harian Metro, Ira yang hadir di pejabat Jawi turut ditemani oleh keluarganya.
Terdahulu, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 37, telah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih kepada suaminya.
Menurut Puteri Sarah, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.
Dan, tujuan dia membuat tindakan itu adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar selain menuntut keadilan dan memperjuangkan haknya sebagai wanita yang teraniaya.
Untuk rekod, keretakan rumah tangga kedua-dua selebriti ini tular dan mendapat perhatian warganet selepas Puteri Sarah memaklumkan dia dan suaminya sudah tidak tinggal sebumbung.
Bahkan, Puteri Sarah juga kerap berkongsi tangkap layar pesanan langsung dari Ira Kaza menerusi Insta Story miliknya.
Sumber: Harian Metro
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza