“Rasa Macam Kena Scam, Bayar RM500 Tapi…” – Peminat Kecewa Harga Tiket Konsert Billie Eilish Tak Setimpal Dengan Jarak ‘Seat’ Penonton

Kehadiran penyanyi elektropop terkenal, Billie Eilish bagi siri jelajah konsertnya, Happier Than Ever The World Tour 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Mana taknya, ramai yang kecewa apabila harga tiket dikatakan tidak setimpal dengan kedudukan jarak daripada pentas utama.

Malah, ada yang berseloroh kononnya pihak penganjur perlu memberikan teropong secara percuma kepada penonton yang telah membeli tiket dengan harga RM500 dan ke atas.

 

 

Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang hadir tidak berpuas hati dengan audio sistem pada malam tersebut.

Ini termasuklah, kewujudan khemah dibahagian tengah padang sehingga menghalang penglihatan penonton yang berada di bahagian tempat duduk.

 

Sementara itu, pempengaruh media sosial dan usahawan popular, Khairul Aming dan Azfarheri juga turut tidak ketinggalan meluahkan rasa kecewa mereka apabila menerima nasib yang sama.

 

Setakat ini, ciapan yang dimuat naik oleh Khairul Aming telahpun diulang kicau lebih 9,000 kali dan menerima lebih 12,000 tanda suka.

Menjengah di ruangan Twitter, nama Billie Eilish kini menduduki tempat pertama carta trending di Malaysia.

Salma Syahbuddin