Susut Berat Badan Dan Muka Cengkung, Sufian Suhaimi Sakit Apa Tu?

Finalis Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) ini mengakui berdepan dengan masalah kesihatan dan enggan memberitahu apakah punca dan sakit yang dilalui oleh beliau. 

Bagi Sufian Suhaimi, 27, apa yang penting bagi beliau sekarang adalah peminat sentiasa mendoakan kesihatannya apatah lagi menjelang AJL33 yang akan berlangsung pada Februari depan. 

” Saya akui tidak sihat. Saya meminta orang ramai mendoakan kesihatan saya kembali pulih terutamanya menjelang AJL33. Apa yang saya lalui kini bersifat peribadi dan apa yang saya boleh kongsikan adalah saya memang tidak sihat”

” Saya seorang penyanyi dan apabila tidak dapat menyanyi seperti yang diinginkan saya seolah-olah tidak puas dengan kerja yang saya lakukan. Dan saya kini masih dalam proses pemulihan. Termasuklah bersenam utnuk menambah stamina menjelang AJL33.” Katanya

Sufian juga berharap agar, kisah mengenai hubungannya bersama Elfira tidak dipanjang-panjangkan lagi memandangkan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Dan sakit yang dihidapinya kini tidak ada kaitan langsung dengan kisah percintaannya yang lepas.

” Saya terkejut kerana sehingga hari ini, masih ramai yang mengaitkan saya dengannya. Bukanlah rimas kerana saya sendiri tidak terkesan dengan semua itu. Cuma, saya tak mahu ia membuatkan mana-mana pihak terasa” Jelasnya

Bakal mempertaruhkan lagu Di Matamu pada malam AJL33 nanti, Sufian juga bakal mengeluarkan single duet pertamanya selepas AJL33 nanti.

Jadi, tunggu!

Apapun, kami di xtra mendoakan agar kesihatan Sufian Suhaimi kembali seperti biasa. 

Salma Syahbuddin