Sweet! Rakan Baik Kongsi Rahsia Suami Elfira Loy

Suami kepada pelakon Elfira Loy, Faris Khairol Anuar dilaporkan mula menyimpan perasaan terhadap isterinya itu sejak lima tahun lalu.

Hal ini sempat dikongsi oleh rakan baiknya iaitu penyampai radio, Hani Fadzil menerusi laman Instastorynya, semalam.

“ Sewaktu dalam kelas sekitar lima tahun dahulu, Faris pernah memberitahu bahawa Elfira Loy adalah gadis idamannya.

“ Hari ini dia dapat mengahwini gadis berkenaan. Jodoh adalah hal yang membahagiakan,” tulisnya ringkas.

Semalam, pelakon berusia 25 tahun ini selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Faris selepas bertunang pada September tahun lalu.

Pasangan ini bernikah di sebuah majlis tertutup di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya sekitar jam 9 pagi semalam.

SGMS Faida