Sweet! Tular Video Andi Arsyil Tersipu Malu ‘Wish’ Birthday Puteri Sarah

Pelakon terkenal Indonesia, Andi Arsyil memberi ucapan istimewa buat rakan niaganya, aktres Puteri Sarah Liyana sempena sambutan ulang tahunnya pada 1 Disember lalu.

Menerusi video tular itu, aktor filem Ketika Cinta Bertasbih ini mendoakan perkara yang terbaik sahaja untuk Puteri Sarah.

“Tak lupa, didoakan semua yang terbaik. Happy Birthday Sarah, semoga panjang umur, sihat murah rezekinya, bahagia dan selamat dunia akhirat, Aamiin,” katanya.

Andi berkata demikian dalam sesi siaran langsung di TikTok miliknya kemudian disunting oleh individu di TikTok.

@hannankhaira_

Aamin2 🤲🏼🤍🥰#puterisarahliyana #andiarsyil #fyppppppppppppppppppppppp #🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍 #🤍🌷_story🤍 #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran

Di ruangan komen, ada segelintir netizen yang mengusik Andi kelihatan tersipu malu ketika bercakap mengenai aktres drama rantaian Suri Hati itu.

Sebelum ini, hubungan Andi dan Puteri Sarah mendapat perhatian ramai apabila mereka kelihatan mesra bersama ketika melakukan siaran langsung bersama.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan ada individu yang ada individu menghendap atau ‘stalk’  Instagram Andi.

Sebelum ini, tular beberapa video mesra Puteri Sarah dan Andi yang tersasul memanggilnya dengan panggilan sayang.

Bagaimanapun, Puteri Sarah menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Semoga Lebih Bahagia & Sukses, Awak Single Mom Yang…” – Tunjuk Sikap Prihatin, Netizen Terharu Dengar Pesanan Andi Arsyil Pada Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Dedah Ada Individu ‘Stalk’ IG Andi Arsyil, Netizen Anggap Jiwa Tak Tenang – “Andi Pun Dia Nak Usha Ke?”

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Kini Lebih Tenang, Anggap Kewujudan Mastura 2.0 Sebagai Bahan Gelak Netizen – “Pada Mastura Sudahlah Tu! You Pun Boleh Berdamai Dengan Takdir”

Aqilah Paharuzi