[VIDEO] PU Riz Kongsi Doa Untuk Diamalkan Oleh Setiap Pasangan Rumah Tangga – “Letak Tangan Atas Isteri & Baca…”

Pendakwah dan selebriti Haris Ismail atau lebih mesra disapa sebagai PU Riz berkongsi doa yang sering diamalkan demi menjaga rumah tangga bersama usahawan dan bekas pengacara, Noor Neelofa.

Menerusi video tular di TikTok, PU Riz berkata dia mendapat inspirasi daripada kenalannya dimana rumah tangga individu berkenaan berkekalan sehingga mencapai 30 tahun.

“Saya ada makcik-makcik yang dah kahwin 30 tahun, 20 tahun. Saya terinspirasi dan saya tanya macam mana nak kekalkan hubungan rumah tangga dan dia kata dia baca doa letak tangan atas kepala isteri.

“Doanya adalah Allahumma inni as-aluka khairaha, wa khaira maa jabaltaha alaihi, wa a’udzubika min syarriha, wa syarri maa jabaltaha alaihi.

“Maksudnya ‘Ya Allah aku minta kebaikan atas isteri dan kebaikan yang telah Engkau takdirkan kepada dia’…sebab kita pun bila berkahwin nak yang baik.

“Begitu juga Nabi SAW baca di bahagian kedua ‘Ya Allah aku mohon berlindung dari keburukan isteri aku dan keburukan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas diri dia.

“Tapi isteri saya ni baik belaka Masya-Allah… saya baca hari-hari pada isteri saya supaya orang yang terdekat dengan kita ni memberi kebaikan kepada kita dan dapat menjalani kehidupan dalam bakhtera yang baik. Insya-Allah,” katanya.

@seorangnur

MasyaAllah, boleh lah sama2 kita ikut ❤️ Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga kecil Lofa dan Haris 😍 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca

♬ Wanita Terbaik – Furqan Fawwaz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata Neelofa beruntung kerana mempunyai seorang suami yang soleh.

Sementara itu, ramai  juga dalam kalangan netizen yang berharap suami mereka akan membaca doa yang sama.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut terhadap lebih 200,000 tontonan, 16,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Artikel Berkaitan: Neelofa Mengaku Tertekan, Konflik Negara Bergolak Punca ‘Supply’ Susu Badan Terganggu 

Artikel Berkaitan: “Bukan Nak Kena Jadi BFF, Masing-Masing Ada Family” – ‘Malas’ Panjangkan Isu, Neelofa Mahu Buka Chapter Baru

Artikel Berkaitan: Ramai Mengadu Ada Rasa ‘Mati Putik’ Dengan Suami, Neelofa Bakal Keluar Produk Jus Untuk Eratkan Hubungan Intim Suami Isteri – “Insya-Allah, Mampu Selamatkan Perkahwinan”

Aqilah Paharuzi