Categories: HiburanTrending

Sweetnya! Genap Setahun Usia Perkahwinan, Syifa Melvin Titip Ucapan Manis Buat Safawi Rasid

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syifa Melvin meluahkan rasa syukurnya kerana usia perkahwinannya bersama pemain bola sepak tanah air, Safawi Rasid genap setahun.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Syifa menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Syifa turut berkongsi gambar keluarga kecilnya bersama anak sulung mereka, Saif Sulaiman.

“MashaAllah Tabarakallah, setahun sudah mengikat tali perkahwinan. Alhamdulillah, rasa macam baru je pening-pening susun meja RSVP. Pregnant January 23 bersalin September 23 , penuh tahun 2023 ni, Alhamdulillah,” tulisnya.

Sementara itu, Syifa juga sempat memohon kepada orang ramai agar mendoakan keberkatan dan kebahagiaan buat keluarga mereka.

“Doakan keluarga kecil kami dijauhi perkara perkara yang tak baik, sentiasa diberkati dan bahagia. Happy anniversary Daddy Aaif, hadiah anniversary you dapat dah kan?. Waiting for mine,” katanya.

Terdahulu, Syifa dan Safawi telah mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Saif Sulaiman.

Fatin Nurain