Tular ‘Voice Note’ Aisyah Hijanah Bertengkar Dengan Alif Teega Akibat Dikasari? – “Hari Ini Abang Akan Masuk Lokap!”

Konflik rumah tangga personaliti media sosial, Alif Teega dan pempengaruh, Aisyah Hijanah semakin hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial.

Dari pengakuan Alif yang sudah berkahwin itu, kini isu menjadi lebih kritikal selepas tular laporan klinik perubatan memaparkan kecederaan Aisyah dek dikasari suaminya.

Artikel Berkaitan: Cedera Dibahagian Lengan, Telinga & Muka! Adik Dedah Bukti Laporan Perubatan Aisyah Hijanah Dipukul Alif Teega – “Saya Berani Tegakkan Yang Benar!”

Keadaan menjadi lebih rumit apabila tular ‘voice note’ pertelingkahan didakwa antara Alif dan Aisyah di platform TikTok sejak tengah malam tadi.

Menerusi rakaman tersebut, Aisyah seakan tidak dapat menahan emosimya selepas dipercayai telah dikasari oleh suaminya.

“Tak payahlah, abang tak cerita apa-apa dekat social media,” kata Alif.

Aisyah membalas dengan berkata Alif telah menghentak kepalanya di kepala Aisyah.

Lebih parah, kejadian tersebut dikatakan berlaku di hadapan anak mereka, Khadijah.

“Hari ini abang akan masuk lokap, hari ni. Sebab abang hentak kepala abang dekat tepi kepala AIsyah tadi kan? Khadijah nampak, Aisyah tak start physical abuse eh,” bidas Aisyah.

Dalam pada itu, Alif mempertahankan dirinya dan berkata seakan hilang sabar apabila Aisyah dikatakan menghinanya.

“Aisyah yang mula dulu. Aisyah banyak kali dah hina abang. Aisyah kata Aisyah dah tak hormat abang sebagai suami.

“Mana abang tak Marah? Abang pengang tangan Aisyah, abang cakap elok, Aisyah jangan, jangan hina abang dekat Khadijah, Aisyah hina lagi,” jawab Alif.

Selepas itu Aisyah betrakta den perbuatan suaminya itu tangannya sakit sehingga menjadi lebam.

“Bagus lobar tangan AIsyah, bagus bagus. Hari ini bang akan masuk lokap!” Ujarnya.

Sebelum ini, tular sebuah foto di media sosial memaparkan perincian pernikahan Alif bersama isteri keduanya, Fatin yang dikatakan berlangsung di Songklah, Thailand.

Susulan itu, adik Aisyah iaitu menggelarkan Alif neorang lelaki dayus atas dakwaan memukul kakaknya itu sehingga cuba untuk mengahapuskan bukta di dashcam.

Terdahulu, Alif atau nama lengkapnya Mohd Hazalif Mohd Hazani tampil meleraikan segala spekulasi dengan mengakui telah berkahwin dua demi mengelak sebarang fitnah berterusan terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Terdahulu, Aisyah pula seakan reda atas nasib menimpanya itu serta mendoakan kebahagiaan suaminya bersama madu, Fatin Umaidah dan berharap ramai pihak tidak terus bercakap buruk mengenai rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: Nak Hapuskan Bukti, Adik Aisyah Hijanah Dedah Alif Teega Tergamak Pukul Isteri Hamil Anak Ketiga? – “Dayus! Puas Ke Kau?”

Artikel Berkaitan: “Saman Malu? Baru Tahu Erti Malu Ke?” – Maklum Akan Ambil Tindakan Undang-Undang, Adik Aisyah Hijanah Tempelak Alif Teega!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dilabel Narsisistik Gara-Gara Muat Naik Video Lama, Alif Teega Dihenyak Netizen… Minta ‘Jaga Mulut’ & Off Sosial Media

Artikel Berkaitan: Persoal Motif Adik Susuan Aisyah Hijanah, Sedia Bawa Kes Akaun Palsu Fatin Umaidah Ke Mahkamah… Ini Empat Kenyataan Rasmi Alif Teega – “Tolong Henti Hina Kedua-Dua Isteri Saya”

Aqilah Paharuzi