Categories: HiburanSelebriti

Sweetnya! Jalaluddin Hassan Buat Trend TikTok Dengan Anak Perempuan, Netizen Komen: “Abah Untuk Anak-Anak 1 Malaysia”

Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya membuat trend TikTok bersama anak perempuannya, Izzati.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Izzati menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Jalaluddin dan anaknya telah membuat trend Mirror nyanyian Justin Timberlake ketika sedang bersuka ria di sebuah taman tema.

Lebih menarik lagi, anaknya, Izzati turut menitipkan ucapan manis kepada pelakon itu di ruangan kapsyen sekali gus menyentuh hati ramai.

“Cherishing the bond we share. I love you Abah forever and always. He did very well ye. Sekali ajar je,” tulisnya.

@nurulzaty_ Cherishing the bond we share. I love you Abah forever and always ♥️ @jalaludinhassan PS: He did very well ye. Sekali ajar je hahha 📸 @Arifissocoollike #fatherdaughter #fatherlove #tiktoktrend ♬ original sound – SpotifySounds

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil meluahkan rasa terharu selepas melihat keakraban mereka anak beranak.

Malah, ada juga yang menyifatkan pelakon itu sebagai bapa kepada anak-anak di Malaysia dek kerana kagum dengan sifat kebapaannya.

Fatin Nurain